Wanita : Fesyen

Rekaan Eric Choong Inspirasi Dari Filem

Mengambil ilham dari filem “Clash Of Titans dan ‘Immortals”, pereka terkenal Eric Choong tampil dengan koleksi fesyen terbaru bertemakan “Goddesses of Olympus”. Koleksi fesyen yang diberi nama Spring/ Summer 2012 Bridal and Evening Wear Collection terhasil daripada kisah-kisah menarik Dewi Yunani dan setiap satunya menyampaikan personaliti mereka yang unik.

Lebih menarik dengan pemilihan fabric dari jenis sutera sifon dan taffeta selain dilapisi oleh ruffles dan flounces serta menggunakan kain tambahan seperti renda, organza dan tulle. Untuk sentuhan lebih mewah, busana tersebut diperincikan dengan batu-batu Swarovski. Menurut Eric lagi, koleksi terbaru ini cukup istimewa sepanjang 12 tahun terbabit dalam bidang rekaan ini.

Justeru, setiap satu busana di beri nama yang cukup unik sempena nama Yunani seperti Aphrodite - Olimpik dewi cinta dan kecantikan; Athena - Olimpik dewi perang dan kebijaksanaan, Demeter - Olimpik dewi tuai, Hera – Ratu dewi Olimpik dan dewi Olimpik perkahwinan dan Nike - dewi kemenangan. Dalam majlis yang sama, Eric turut merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan niaganya, Jimmy Luxury Chiayang menghasilkan rekaan kasut untuk setiap koleksi fesyen yang diperagakan.

Facebook  |  Mall